Monday, November 14, 2011

epilog

Hidup penuh hipokrasi.

kenapa?

kerana kebenaran itu tidaklah seindah yang disangka
bukan permata, bukan juga kaca, hanya pasir melata

kadang-kadang kebenaran itu pahit
membuka pekung dan kekurangan

dan kita sedia maklum
bukan semua boleh terima kelehaman yang lain
mudah menghukum, mudah mengadili

Tapi

Hati ini merasai
masih perlu jujur, tulus tanpa sembunyi
agar tidak berpenyakit hati
dek dimakan anai-anai hipokrasi
saban hari

Jadi

Ini langkah pertama
Untuk menjadi pencerita
yang jujur butir bicara