semalam si dia meluahkan rasa
perihal cabaran study beliau
'makin dibaca makin susah'
lantas mengimbau kembali kenangan beberapa tahun yang lampau
waktu aku masih bergelar pelajar
belajar berdasarkan silibus
yang jujurnya tak berapa aku fahami
kecuali sedikit
yakni subjek-subjek yang aku minat; komputer, management, bisnes, design
untuk beerapa ketika, ianya tidak menjadi masalah
hingga bila tiba dekat dengan detik peperiksaan
segalanya menjadi berkecamuk
study tapi tak masuk
nak hafal tak logik sebab banyak sangat
dalam masa yang sama, mempersoal keperluan silibus itu diajar
dan aku yakin, sedikit sebanyak, perkara yang sama juga berlaku pada beliau
mungkin juga lebih kritikal kerana beliau berada pada level yang lebih atas, logiknya
membandingkan secara terus
proses pembelajaran di universiti
dan proses aku belajar kini, di tempat kerja
nyata banyak bezanya
paling nyata, aplikasi ilmu itu sendiri lebih jelas semasa kerja
aku mula menyemak kembali nota berkaitan sistem aircon secara asas, thermodinamik, mekanik cecair, penukaran tenaga dan sebagainya, secara jelas objektifnya, untuk membantu aku dalam proses pemasangan sistem aircon kelak.
kekadang aku menilai kembali, adakah silap aku dulu yang kurang mahir mengaplikasikan ilmu yang dipelajari untuk dunia sebenar, atau pensyarah itu sendiri yang terlampau obses dengan teori buku semata-mata?
dan jawapan untuk itu boleh jadi sangat subjektif, mungkin saja kedua-dua belah pihak memikul tanggungjawab yang sama.
berpegang kepada pepatah, jangan risaukan keadaan yang kita tidak boleh kawal, aku berharap, jika ada peluang sambung belajar kelak, kemahiran untuk menghubungkan ilmu yang dipelajari dengan aplikasi dunia sebanar mampu aku pertingkatkan.
dan aku juga berharap perkara yang sama, dapat dipermudahkan untuk beliau yang sedang berjuang berhabis-habisan untuk menghadapi peperiksaan yang semakin dekat waktunya.
semoga berjaya sayang.
;-)