Tapi aku tahu, perjalanannya jauh, penuh langkah dan kudrat diperlukan, perlu sesat lebih sekali, perlu pelu menitis didahi. Semata-mata demi aku, kekasih hatinya.
***
Sayang, 3 hari 3 malam yang kita gunakan, penuh makna dan erti bagi diri yang kerdil ini, yang penuh cela, penuh kelemahan terbongkar, tapi engkau tetap sabar melayani.
Sayang, diri ini merasa sungguh bertuah, sungguh bahagia dengan kehadiran mu disisi, moga lebih banyak masa bersama untuk selepas ini.
Sayang, jauh didalam hati ini, berharap dan bertekad untuk memperbaiki diri, moga dapat dikurangi bebananmu dikemudian hari nanti.
Sayang, moga perhubungan ini mampu pergi hingga ke ikatan yang sah, dan terus bahagia atas persefahaman yang kita bina untik sekian lamanya, berkekalan hendaknya.
Sayang awak, noorhafizah ismail ;-)
;-D