kebelakangan ini, kisah cinta ini nampaknya semakin konsisten
hal-hal berbangkit akan segera dapat ditangani
baik secara sedar ataupun 'terpaksa'
ianya tidak berlanjutan seperti awal-awal dahulu
namun, jika dibedah secara mendalam
hal berbangkit tersebut biasa terjadi akibat kelainan kami
aku yang suka ambil mudah, dia yang suka kepastian
bagi aku tidak mengapa jika tidak membalas hatta secebis meseg
tetapi bagi bagi cinta, biarlah membalas walau satu meseg ringkas
perbezaan pendapat ini jika tidak diambil berat boleh menyebabkan pergeseran dan salah paham
jika lebih meneliti dalam diri sendiri
sikap ambil mudah akan diikuti dengan sikap tidak suka dipaksa, diadun sebati dengan 'melarikan diri' jika diasak bertubi-tubi boleh menyebabkan perasaan moody menguasai
maka hal-hal lebih penting akan sengaja tidak didengar, tidak diambil peduli lantas menyebabkan cinta lebih sakit hati, sedih, bahkan kecewa dengan diri ini
walaupun pernah berjanji untuk cuba berubah, kadang-kadang amat sudah mengusai diri ketika ini
tahun 2012
angka baru untuk tahun yang sepatutnya menunjukkan kematangan hubungan ini
perlu diambil dengan serius sekali, sebarang kelemahan diri harus ditangani
kalau tidak secara menyeluruh, sedikit-sedikit pun akhirnya kan menjadi bukit
cinta
aku juga mempunyai kelemahan
bahkan jika dikira, kelemahan ini yang sering menguasai bila mana salah faham terjadi
jika kau makin memaksa, maka kelemahan ini makin menjadi
bukan maksud aku mengambil mudah, tak ambil pusing untuk baiki kelemahan ini
cuma harapnya dapat tabah dan sabar dalam proses aku kearah itu
jangan terlalu mengharap, jangan terlalu kecewa
tapi jangan pula langsung tidak mengharap
aku masih mencuba
kerana aku cinta kamu
;-)