Wednesday, December 28, 2011

tahun dua ribu dua belas..

kebelakangan ini..
perhubungan kami makin berseri
tolak ansur, usik mengusik, dan cuba memahami
membuatkan hari-hari berlalu dengan mentari
hangat dan selesa sekali

tempoh hari..
aku balik bercuti
kebetulan semua ahli kumpul sekali
ramai dan memenuhi
kumpul makan semeja, tambah berulang kali
seronok dan bererti

tahun 2011 hampir saja melabuhkan tirainya..
fasa belajar dan menganggur aku tempuhi
kini tiba waktu berkerjaya
masih lagi dalam proses belajar
masih membezakan selok belok kerja
dan selok belok memudahkan kerja
seronok sebab kita berurusan dengan manusia
bukan robot, mesin semata
cuba kadang-kadang tergaru kepala
dengan telatah pelbagai ragam mereka

tahun 2012 bakal ditemui..
perancangan masa depan agak samar, kabur dan tidak teliti
cuma yang pasti aku ingin perbaiki
bab keluarga, kerja dan cinta ini
agar boleh selari
cuba meninggalkan kebiasaan-kebiasaan yang bisa merugi

ya Tuhan
permudahkan urusanlah urusanku
agar bisa ku maju
pergi lebih jauh, dan padu