Dulu..
Blog ini aku rekakan untuk dia
Untuk cerita kisah-kisah
Bahgia, suka, luka atau duka
Bahkan resepi juga
Segalanya elok
Aku seronok membaca
Namun..
Untuk satu ketika
Terjadinya 'sengketa'
Dan blog jadi tiada makna
Dia tiada lagi hati bercerita
Tapi..
Bukan maksud aku ungkit kisah lama
Yang lepas-lepas biarlah
Yang sekarang perlu dijaga
Bersama
Bukan dari dia sahaja
Dan blog ini seharusnya
Jadi tempat aku jujur meluahkan
Biar pahit biar hempedu
Asalkan jujur dan telus
Biar dia tahu aku
Dan aku tahu dia
Dan selepas-lepasnya
Lantak-lah
No comments:
Post a Comment