kebelakangan ini, aku banyak berborak tentang kerja
bagaimana keterujaan aku, bagaimana komitmen aku, bagaimana ilmu-ilmu baru yang aku pelajari
semuanya indah bila diadun dengan semangat orang muda, yang masa belajarnya dulu agak sia-sia.
namun jarang sekali aku memperkatakan soal hubungan cinta dengan terang, soal jiwa dengan terbuka
malu? segan? takut dicop jiwang?
mungkin ya pada mulanya, mungkin tidak pada akhirnya
kerana tidak dapat tidak, aku akan sampai satu stages dimana perlu memikirkan ia secara serius
dan terbuka
*hela nafas*
kronologi: dulunya aku lebih suka berkawan, kerana terpahat jelas parut dalam otakku
'awek kongkong, kawan bebas'
jadinya, aku lebih suka berkawan, lelaki perempuan, tetapi aku lebih suka perempuan
kasanova? playboy?
hmm, label yang mana aku pun tidak pasti
cumanya aku kira, cabaran itu lebih
lagi-lagi berkawan dengan perempuan unik
dan tabiat itu makin berkembang
bermula dari dalam minda, nak tanya awek dalam bas tu pukul berapa, supaya boleh ajak berbual dalam perjalanan simpang lima-klang, yang tak pernah berjaya sehingga habis tingkatan 5, sehinggalah dapat borak dengan awek dikedai buku. pencapaian yang agak memuaskan.
cuma
tatkala aku sudah menguasai skill itu, aku sudahpun bercinta secara serius. ya, serius. maka, sedikit sebanyak (aku tahu term banyak lagi tepat), akan meralatkan pasangan aku.
mana ada pasangan yang tak jeles pakwe keluar dengan perempuan lain.
mana ada pasangan yang tak bimbang pakwe makan dengan perempuan lain.
kan?
cuma
untuk saat ini, untuk waktu ini, aku rasa aku perlu 'melalui' proses sebegini (untuk lelaki lain, aku tidak pasti), supaya aku yakin yang kawan itu sekadar borak kawan, yang istimewa itu lah seharuusnya pasangan kita.
buat si dia, sory again.
hope i will realise soon, so that awak tak perlu risau lagi.
sayang awak ;)
No comments:
Post a Comment