sedar atau tidak
kita sudah dipenghujung bulan 12
dipenghujung tahun 2011
tahun yang mana banyak lakaran sejarahnya
dari segi kebangkitan rakyat
mahupun dugaan bencana alam
tapi kita masih disini
kau masih belajar
dan aku masih bekerja
tidak banyak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya
masih berusaha mengembangkan potensi diri
menimba ilmu duniawi untuk kemajuan kendiri
tetapi masih ada beza dirasai
perhubungan ini ku rasa makin berisi
aku makin berani
masing-masing cuba memahami, menyelami
dengan harapan menemui, dasar hati
dan akhirnya pada dasar yang paling dalam
mampu menemui
titik selari
di episod tahun ini
yang bakal berakhir tak lama lagi
aku masih belum menanamkan azam
yang aku percaya, mampu menerangi malam kelam
kerana azam umpama doa
yang datang dari dalam
sedalam-dalam hati
ia mampu membekal, juga memberi
pacuan tenaga, umpama bateri
agar tubuh ini mampu bertahan dugaan yang bertubi-tubi
hingga sampai kearah yang telah dipersetujui
akhir kata
moga tahun dua puluh sebelas
boleh menjadi batu loncatan
untuk kita sama-sama berusaha
dimasa akan datang
menggapai dan memegang
impian itu ;-)
No comments:
Post a Comment