berborak dengan si dia tentang masa lepas sangat menggamit memori
memandang susuk diri dari pespektif 6 tahun kemudiannya sedikit sebanyak menggelikan hati
terfikir juga mengapa dulu bersikap begitu, hehehe
namun kesan daripada sikap begitu menyebabkan aku berada disini, bidang ini, dunia ini
dan mungkin juga boleh disebut, cinta ini
Julai 2007
Sesi berperkenalkan diri, aku dibahgian lelaki dan si dia diapit oleh gadis-gadis sunti, pipi tampak berisi, tudung kemas tersarung, masih boleh dinampak walau dalam keramaian. Tidak pula terlintas pula, detik itu bisa menguntum cinta.
Oktober 2012
6 tahun kemudiannya, si dia sudah bergelar tunang, bukan cinta mudah, begitu banyak adjustment dan salah faham. hehehe, kelakar lah.
Kini kami sibuk merancang untuk ke tahap seterusnya, tahap untuk kami makan bersama, minum bersama, tidur bersama, mandi juga bersama harapnya, hehehe. Namun terhalang oleh kekangan utama, duit untuk perbelanjaan majlis, moga dipermudahkan Nya.
No comments:
Post a Comment