Saturday, November 26, 2011

kronologi..

kebelakangan ini, aku banyak berborak tentang kerja
bagaimana keterujaan aku, bagaimana komitmen aku, bagaimana ilmu-ilmu baru yang aku pelajari
semuanya indah bila diadun dengan semangat orang muda, yang masa belajarnya dulu agak sia-sia.

namun jarang sekali aku memperkatakan soal hubungan cinta dengan terang, soal jiwa dengan terbuka

malu? segan? takut dicop jiwang?

mungkin ya pada mulanya, mungkin tidak pada akhirnya
kerana tidak dapat tidak, aku akan sampai satu stages dimana perlu memikirkan ia secara serius
dan terbuka

*hela nafas*

kronologi: dulunya aku lebih suka berkawan, kerana terpahat jelas parut dalam otakku

'awek kongkong, kawan bebas'

jadinya, aku lebih suka berkawan, lelaki perempuan, tetapi aku lebih suka perempuan

kasanova? playboy?

hmm, label yang mana aku pun tidak pasti
cumanya aku kira, cabaran itu lebih
lagi-lagi berkawan dengan perempuan unik

dan tabiat itu makin berkembang
bermula dari dalam minda, nak tanya awek dalam bas tu pukul berapa, supaya boleh ajak berbual dalam perjalanan simpang lima-klang, yang tak pernah berjaya sehingga habis tingkatan 5, sehinggalah dapat borak dengan awek dikedai buku. pencapaian yang agak memuaskan.

cuma

tatkala aku sudah menguasai skill itu, aku sudahpun bercinta secara serius. ya, serius. maka, sedikit sebanyak (aku tahu term banyak lagi tepat), akan meralatkan pasangan aku.

mana ada pasangan yang tak jeles pakwe keluar dengan perempuan lain.

mana ada pasangan yang tak bimbang pakwe makan dengan perempuan lain.

kan?

cuma

untuk saat ini, untuk waktu ini, aku rasa aku perlu 'melalui' proses sebegini (untuk lelaki lain, aku tidak pasti), supaya aku yakin yang kawan itu sekadar borak kawan, yang istimewa itu lah seharuusnya pasangan kita.

buat si dia, sory again.
hope i will realise soon, so that awak tak perlu risau lagi.

sayang awak ;)


Wednesday, November 23, 2011

keep trying..

its been a while
aku tak update
mungkin kerana tiada idea
atau selalu saja lebih terpesona membaca

dan dia, aku kira
semakin baik penulisannya
walau tak 'cool' seperti aku
tapi perbezaan itu mewarnakan

untuk hubungan kami
its been a while
kalau buat graf kebahagiaan melawan selang masa
ada tinggi, ada sederhana, ada rendah
yang aku pasti, jarang sama
graf sin agaknya
for me, its still 'fun'

just kadang-kadang turun naik graf itu
bisa melukakan pihak dia
kenapa hanya pihak dia?
bukan aku?

sebab untuk diri sendiri
aku biasa diperlakukan begitu
oleh keluarga sendiri
jadi habit tak hepi ending, tak sweet ending
aku boleh hendle, aku boleh pejam mata lagi masuk tidur.

but i know, its not all about me
this relation not just me
it should be us

so i must keep trying



Thursday, November 17, 2011

aku..


buat kerja separuh jalan
malas
pandai merancang
tapi tak pandai melaksanakan
cover hensem
hipokrit
itu orang kata

bagi aku
aku seorang yang suka planning
jadi atau tak belakang cerita
lagi-lagi planning yang melibatkan event dengan kawan-kawan
gathering, reunion, baraan, backpacking dan sebagai

malas pulak, pada benda-benda yang aku rasa tak perlu
benda yang aku minat aku akan rajin
dan kadang-kadang sampai sanggup all-out

hipokrit..
hmm mungkin kerana aku feedback berdasarkan keadaan
dengan keluarga aku lain
dengan dia aku lain
dengan kawan-kawan aku lain

dan yang buruk lain tentang aku
biarlah orang yang kenal saja menilai

***

somehow
bila dikenang-kenang
aku rasa aku seorang yang beruntung
ada dia
ada kerja
ada kawan-kawan
ada rumah sewa dekat dengan tempat kerja
ada keluarga
ada segala macam kemudahan
walaupun tak mewah, tapi masih ada

contoh;
kerja aku gaji tak lebat
walaupun kena kerja lebih masa
tapi aku dah ada permulaan
bila masa berlalu
skill aku meningkat
tak mustahil position aku pun boleh meningkat

***

23 tahun
zaman bekerjaya aku
dalam kepala cuma ada..

AIM HIGH, WORK HARD
 
sebab dulu masa belajar
hati aku tak berapa nak in
kebetulan dalam bidang kontraktor ni
banyak benda aku kena learn balik
semangat tu lain macam
macam nak tido site pun ada kadang-kadang

***

untuk bahagia hidup yang lain
biarlah tangguhkan dulu



Tuesday, November 15, 2011

dia..


Kami sering bertelagah
Dari tahun-tahun dulu hinggalah sekarang

Cuma beza isu-isunya
Tapi kadang-kadang juga sama

Degil, keras kepala
Pentingkan diri juga
aku tahu, itu aku

Tapi kami tetap bersama
Dan harapnya
Hingga keakhirnya

Aku sayang dia..

;-)