lama benar rasanya tidak menulis dengan format seperti ini
format cerita, tentang perjalanan, tentang cuti-cuti, tentang riang-ria, yang dulu sering bersama rakan-rakan, kini pula, cerita bersama dia
julai 2012
bulan kelahiran dia, kebetulan pada bulan hadapannya adalah bulan ramdhan, dihitung dari perjumpaan yang lepas, kira-kira lima bulan jua tidak bertemu janji
jadi, satu 'alasan' dicipta untuk menguatkan diri ini ke sana, pulau pinang, dan semesti berkenderaan awam yang masih belum mencapai tahap 'senang hati'
berbagai perancangan diperhalusi sejak awal bulan, dari segi kenderaan pergi pulang, penginapan, kenderaan ulang-alik semasa disana, makan minum, dan sebagainya, ditimbang tara agar semasa temu janji kelak, tiada sebarang 'palat' yang melanda.
kebetulan si dia ada hal bersama keluarga pada awal bulan tersebut, jadi masih ada 1 minggu yang kosong yang mendalami segala perancangan. Keputusan diambil, mohon cuti pada hari sabtu, rumah & kenderaan kawan lama yang berada di pulau pinang siap-sedia di 'booking', tiket bas dari sini dibeli, hanya menunggu waktu berlepas.
jumaat malam, kawan rumah tolong hantar di stesen, singgah makan sebentar di gerai satay berdekatan, pekena sekali otak-otak. perut berisi, bas bergerak lebih kurang jam 12, permandangan gelap menyebabkan mata mudah terlelap.
sabtu, 5 pagi, bas telah tiba di stesen bas butterworth, call kawan disana untuk tolong ambil, plan berjalan lancar, sampai dirumah kawan, packing barang untuk bawa ke sesi temu janji pada jam 9 pagi. sempat berborak dengan kawan-kawan lama, keakraban masih tidak hilang walau hampir setahun tidak berhubung apatah lagi berborak, membuatkan masa bertolak ke pulau lewat setengah jam.
hampir tersesat akibat jalan yang tidak familiar, lantas menggunakan GPS terus ke USM induk, melalui jambatan pulau pinang yang banyak kenangannya, lantas perasaan syahdu datang bertalu.
tup tup, si dia menunggu di depan 'pintu', muka tersenyum, nampak ceria dan berseri, namun kombinasi warna pakaian sedikit merencatkan pemandangan (;-p). barang-barang yang sepatutnya di beri terlebih dahulu, si dia simpan dibilik agar temujanji nanti lebih santai dan selesa.
dan kami pun naik motor bersama.
queens bay..
neway..
gsc..
borders..
pizza spaghetti.. tak jadi
dave deli.. tak jadi
dan akhirnya kami makan di secret recipe
temujanji yang panjang membuatkan diri sedikit letih, otak menjadi tepu, emosi tidak lagi mampu diawasi, dan si dia menangisi jauh di sudut hati, namun masih bisa disembunyi..
menghantar si dia ke 'pintu' dan kebetulan azan telah berkumandang, jadi mengambil masa sendiri, solat maghrib dijama' isya, curi-curi tidur diperkarangan surau dengan harapan segalanya boleh 'pulih' seperti sediakala.
7.30
8.00
8.30
si dia berbunyi dihujung talifon, emosi semasa bangun tidur tidak membenarkan percakapan menjadi 'lembut' seperti selalu, lantas diri kembali dirasuki emosi, namun tetap bergerak ke 'pintu' untuk mengucapkan salam perpisahan.
dipendekkan cerita, emosi tadi pun terhakis, sedikit demi sedikit, dek kerana si dia yang jujur dan matang dalam mengendali situasi, dan diri ini sebenarnya mencemburui, namun hingga kini tetap disembunyi, dengan harapan suatu hari nanti, mampu juga menjadi seperti si dia yang diidami.
9.00
10.00
11.00
lebih kurang jam 12, diri meninggalkan 'pintu' dengan rasa senang hati, bagai kemahuan si kecil yang telah dipenuhi, senyuman terukir di sudut bibir, melambaikan kata-kata indah sebagai tanda perpisahan buat janjitemu hari ini.
walaupun cuma sehari
walaupun ditempat yang selalu diulangi
walaupun tetap ada 'emosi'
namun tetap mampu membuahkan cinta dihati
terima kasih sayang
atas ketenangan, kesabaran dan kecintaan untuk diri ini.
;-)